Steven (tengah) pada sidang media selepas Taklimat Khas Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini.

KUALA LUMPUR – Slip gaji, mekanisme perundingan gaji dan kontrak lisan antara manfaat buat penggiat seni nikmati perlindungan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang baru dibentangkan di Parlimen.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, dengan adanya RUU khususnya dalam Fasal 13, pekerja gig boleh meminta slip pendapatan mereka.

Jelas beliau, majikan pula wajib mengemukan slip itu dan sekiranya gagal, laporan boleh dibuat kepada pada Jabatan Tenaga Kerja.

“Kalau didapati bersalah, majikan boleh dikenakan hukuman mengikut penalti yang ditetapkan dalam undang-undang.  Kita buat jelajah ini untuk berikan pencerahan supaya pekerja gig dan juga industri faham apa implikasinya selepqs lulus RUU ini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat Khas Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Mengulas lanjut, Steven berkata, pekerja gig yang dimaksudkan bukan hanya sekadar e-hailing namun merangkumi definisi lebih luas.

Katanya, golongan itu juga akan dilindungi contohnya dalam kontrak lisan.

“Ada yang kata selalunya kontrak dalam sektor ini secara lisan. Apa akan terjadi kalau lisan ini hendak dibawa untuk dipertikai.

“Tetapi di bawah RU ini definasinya adalah perjanjian perkhidmatan, ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis nyata atau tersirat.

“Ini juga boleh dikatakan menangani antara isu sering dihadapi penggiat sektor seni,” katanya.

Steven menambah, RUU GIG tidak menetapkan apa-apa kadar bayaran minimum dan ia hanya menetapkan mekanisme bagi perbincangan untuk kadar pendapatan minimum seperti yang ada bawah Fasal 47.

Minggu lalu, Parlimen meluluskan RUU Pekerja Gig 2025 selepas tujuh tahun proses penggubalan dilakukan.

RUU dengan 112 fasal itu dibentangkan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, dan diluluskan selepas dibahaskan 23 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

RUU itu turut memperincikan empat aspek utama iaitu definisi pekerja gig; penubuhan majlis tiga hala bagi menetapkan pendapatan dan syarat kerja; mekanisme penyelesaian pertikaian dan perlindungan keselamatan sosial.

RUU berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pekerja gig di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast