Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan berkaitan pertemuan Perikatan Nasional (PN) dengan partinya dan MIC.

Sebaliknya beliau berkata, soalan tersebut sepatutnya diajukan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang membuat kenyataan berkenaan.

“Buat apa tanya saya, dia yang cakap. Saya pun tidak peduli dia jumpa siapa,” ringkas katanya di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Ka Siong berkata, beliau masih belum bersedia untuk bercakap mengenai kedudukan MCA dalam Barisan Nasional (BN).

Tambahnya, perkara itu akan dijelaskannya menerusi sesi temuramah dengan pengamal media kelak.

“Itu tidak mengapa awak perlukan temu ramah biar saya aturkan (kemudian) . Bila saya bersedia nak cakap saya akan panggil media (untuk temuramah),” jelasnya.

Terdahulu media dilaporkan berkata, Mohamed Azmin mengesahkan berlakunya perbincangan tidak rasmi antara PN dengan MCA dan MIC.

Katanya, MCA dan MIC mengiktiraf dasar-dasar kerajaan PN terdahulu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai adil dan mewakili segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai perbincangan antara parti-parti berkenaan terutama berhubung penyertaan ke dalam PN.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast