Dr Zaliha Mustafa.

KUALA LUMPUR – Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memastikan kepentingan orang Melayu di Kampung Baru kekal terjamin dan tidak akan diketepikan.

Dalam masa yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa turut memberi jaminan setiap pembangunan akan dilaksanakan dengan penuh hemah dan berlandaskan lunas undang-undang.

Kerajaan, ujarnya, mempunyai pendirian yang sama dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah iaitu memastikan kawasan itu kekal sebagai simbol kelangsungan maruah dan mengambil kira kepentingan orang Melayu di Kuala Lumpur.

“Menjunjung titah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj, Sultan Selangor berhubung titah pandangan baginda berkenaan sejarah, masa hadapan dan hala tuju pembangunan kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, Dr Zaliha menegaskan, usaha untuk mengganggu gugat keharmonian masyarakat atau mempolitikkan isu adalah tidak wajar.

Sultan Selangor hari ini bertitah, baginda tiada halangan sekiranya kawasan Kampung Baru hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman namun syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu.

Baginda bertitah agar semua pihak berkaitan mengenai hal ini mempertimbangkan pelbagai aspek secara terperinci termasuk perihal mengenai sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan Kampung Baru yang perlu harus diambil kira. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kampung Baru simbol kebangkitan orang Melayu sejak 1900 -Sultan Selangor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast