Jimmy Puah Wee Tse

JOHOR BAHRU – Kerajaan dicadang mempertimbang satu mekanisme pendaftaran khas untuk rakyat Malaysia bekerja di Singapura yang tidak layak menerima subsidi RON95.

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, mereka tidak layak menerima subsidi RON95 kerana telah menukar lesen memandu mereka kepada lesen Singapura.

“Kebanyakan mereka menukar lesen atas keperluan pekerjaan, bukan kerana tidak mempunyai lesen sah.

“Tetapi malangnya, mereka yang berulang alik kini terkeluar daripada sistem subsidi ini walaupun tetap menyumbang kepada ekonomi negara.

“Saya mencadangkan mekanisme pendaftaran khas itu sama seperti sistem pengecualian untuk pemandu e-hailing, supaya golongan ini boleh memohon dan mendapat subsidi dengan pihak berkuasa berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama katanya, sistem boleh tapis bagi elak penyalahgunaan.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, mereka tetap rakyat Malaysia dan berhak mendapat manfaat seperti rakyat lain.

“Semoga kerajaan dapat meneliti isu ini dengan hati terbuka,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast