Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Sekretariat Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sedang dipertimbangkan untuk menjadikan perjanjian perdagangan terbesar dunia itu lebih relevan dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata cadangan itu antara perkara utama dibincangkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri RCEP ke-4, selain pelan untuk mencadangkan Sidang Kemuncak Pemimpin RCEP penuh, yang akan mengekalkan komitmen terhadap perdagangan dan pelaburan serantau serta mengkaji kemungkinan memperluas keanggotaan.

“Kami sedang membincangkan penubuhan Sekretariat RCEP yang memberi tumpuan sepenuhnya pada hal-hal berkaitan RCEP supaya perjanjian ini dapat dipertingkatkan.

“Sudah tiba masanya untuk mengkaji semula,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu yang diadakan di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan hari ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast