Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membazirkan masa seperti setahun bekerja setiap bulan untuk menurunkan hantaran judi dan penipuan dalam talian  di Facebook.

Sehubungan itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengarahkan suruhanjaya tersebut bertemu dengan pengendali platform media sosial utama di Singapura pada minggu depan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Untuk membincangkan dengan lebih teknikal keperluan, bukan sekadar e-KYC (Kenali Pelanggan Anda secara elektronik) tapi bagi mengatasi masalah untuk hantaran berbentuk penipuan dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 Tahun 2025: AI dan Persona Diri: Kemandirian di Era Infodemik di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri RTM, hari ini.

Menurut beliau, antara Januari hingga September MCMC merekodkan 150,000 permintaan untuk menurunkan judi dan penipuan dalam talian di Facebook.

Terdahulu katanya, suruhanjaya berkenaan menghabiskan masa 30 minit hanya untuk menurunkan satu bantaran judi dan penipuan dalam talian di Facebook.

“Jadi masalah ini akan diteliti dalam perbincangan itu pada minggu depan,” tambahnya.

Dalam masa yang sama beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian berkata, Malaysia merupakan negara yang mempunyai kemudahan internet paling murah dan pantas di dunia.

Bagaimanapun Fadzil berkata, dalam masa yang sama penjenayah dalam talian menggunakan peluang tersebut untuk melakukan penipuan secara meluas.

“Tapi kita dapati berdasarkan laporan polis, jenayah telah berhijrah secara laju di media sosial. Penjenayah juga menggunakan internet yang lahu untuj mencari mangsa.

“Ini sebabnya kenapa platform-platform ini perlu mebuat pengesahan e-KYC menggunakan MyKad, pasport ata MyDigital ID yang mana hasratnya mengekang penjenayah menggunakan platform,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast