Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.

SEPANG – Sumud Nusantara Comand Centre (SNCC) mengesahkan terdapat cubaan intimidasi dari sebuah kapal tentera dipercayai milik rejim Israel, ke atas dua kapal Flotila, Alma dan Sirius di zon kuning akhir, awal pagi tadi.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, dalam kejadian jam 4.20 pagi waktu Malaysia itu turut berlaku gangguan sistem komunikasi di atas kapal, termasuk siasaran litar tertutup (CCTV).

“Dalam masa yang sama, SNCC mengesahkan terdapat aktiviti gangguan dengan anggaran 10 dron terbang dalam formasi mencurigakan mengelilingi ruang udara flotila.

“Tiada pintasan fizikal berlaku dan seluruh delegasi berada dalam keadaan selamat dan kekal berjaga-jaga,” katanya dalam sidang media harian di SNCC hari ini.

Beliau menambah, semua kapal pemerhati yang turut dinaiki kumpulan undang-undang tidak akan masuk ke zon merah mengikut perancangan ditetapkan termasuk Kapal Shireen dan Summertime – Jong.

“Bagaimanapun ketika ini, kesemua kapal flotila masih berada di perairan antarabangsa dan tidak melanggar hal yang bersangkutan dengan kesalahan ataupun perundangan dan ia juga melibatkan 45 negara.

“Jadi kita desak untuk kepimpinan negara, kepimpinan dunia, masyarakat awam untuk menggunakan masa yang ada ini untuk terus melihat hal yang berlaku, genosid di Gaza untuk kita bangkit dan kecam serta kita mohon satu tindakan politik dapat diakukan di peringkat yang lebih besar,” jelasnya.

Zon merah adalah kawasan berisiko tinggi yang terletak berhampiran perairan Gaza, iaitu kawasan yang dikawal ketat oleh rejim Zionis.

Zon tersebut juga dianggap sebagai garisan tidak rasmi yang mana misi kemanusiaan seperti GSF sering berdepan cabaran besar dalam usaha menembusi sekatan laut Israel untuk menghantar bantuan terus ke Gaza.

Seramai 34 rakyat Malaysia menyertai Misi GSF bagi membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan untuk memecahkan kepunngan Israel. – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast