KUALA LUMPUR – Misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini dalam keadaan berjaga-jaga selepas dilaporkan terdapat peningkatan aktiviti dron kira-kira 9.30 pagi waktu Malaysia.

Perkara itu disahkan oleh Sumud Nusantara Official menerusi perkembangan terkini yang dikongsikan di Facebook.

Situasi ini menandakan cabaran yang semakin getir sedang dihadapi para peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla,” katanya.

Menurutnya, kapal flotilla yang telah memasuki zon berisiko tinggi iaitu kawasan di mana flotilla terdahulu pernah diserang atau dipintas.

Beberapa laporan awal juga mengesahkan wujudnya kemungkinan senario yang berbeza bakal berlaku dalam tempoh beberapa jam akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, Aktivis Farah Lee yang menyertai misi berkenaan awal pagi tadi melaporkan terdapat aktiviti dron sekitar jam 8 malam tadi (waktu tempatan) atau kira-kira jam 2.30 pagi waktu Malaysia.

Dalam perkongsian di laman TikTok, Farah memaklumkan, beliau ternampak kira-kira lima buah dron berlegar-legar sekitar bot yang dinaikinya.

Dijangkakan, misi Flotila memasuki Zon Merah dalam masa 28 jam iaitu pukul 7 malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast