[Gambar Fail] Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby menunjukkan poster delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla pada sidang media harian di MAPIM Malaysia Central Warehouse, Sepang. Foto SADIQ SANI, 02 OKTOBER 2025

SEPANG – Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah ditahan rejim Israel selepas lebih 20 jam insiden pintasan berlaku.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby dalam sidang media pada jam 9 malam tadi berkata pengesahan rasmi diterima pada pukul 4.25 petang waktu Malaysia bahawa semua delegasi kini berada dalam tahanan.

“Menurut kepada SOP, bahawa kita sudah putus hubungan dengan mereka, dan ada visual mereka telah pun ditahan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby menunjukkan gambar kapal ‘Huga’ yang dinaiki Zizi Kirana, dibawa ke Pelabuhan Ashdod selepas ditahan oleh tentera Israel ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla di MAPIM Malaysia Central Warehouse, Sepang. Foto SADIQ SANI, 02 OKTOBER 2025

Sehubungan itu, pasukan diplomasi Malaysia di rantau Asia Barat kini dalam keadaan siap sedia untuk bertindak sebagai wakil dalam sebarang proses soal siasat atau tindakan susulan terhadap rakyat Malaysia yang ditahan.

“Pasukan perundangan di Jordan berada dalam keadaan siap siaga untuk menjadi wakil dalam sebarang proses soal siasat dan tindakan susulan yang diperlukan serta yang bertanggungjawab,” jelas Sani.

Menurut SNCC, wakil konsulat Malaysia di Jordan sudah pun digerakkan lebih awal, meskipun mereka belum dipanggil secara rasmi oleh rejim Israel.

“Mereka sudah pun bersiap sedia kerana itu memang tanggungjawab peguam kita di sana,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri mengesahkan 15 delegasi Malaysia yang ditahan oleh Israel sihat, selamat dan akan segera dihantar pulang ke Malaysia menerusi negara ketiga.

Tambahnya, Wisma Putra akan memastikan mereka menerima sokongan serta bantuan konsular yang diperlukan bagi menjamin kepulangan selamat mereka ke Malaysia. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

GSF: Aktivis Malaysia sihat dan selamat -Wisma Putra

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast