Seramai 23 aktivis kemanusiaan Malaysia daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan oleh rejim Israel kini berada di Istanbul, Türkiye.

KUALA LUMPUR – Kesemua 23 wira dan wirawati sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla sudah selamat tiba di Istanbul, Türkiye.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua mereka kini akan diberikan pemeriksaan kesihatan, sokongan dan bantuan menyeluruh termasuk aspek psikologi.

Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Heliza Helmi (kanan) dan Hazwani Afiqah tetap ceria sebaik tiba bersama aktivis dari beberapa negara lain di Lapangan Terbang Istanbul selepas kapal misi bantuan GSF ke Gaza ditahan dan dirampas tentera israel. Foto AFP.

“Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali ke bumi Malaysia dalam masa terdekat.

“Semoga semua urusan perjalanan pulang anak-anak Malaysia ini dipermudah dan dilindungi Allah SWT,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast