Anggota bomba melakukan kerja-kerja mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam di laut berhampiran Kampung Tebing Runtoh, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala seorang lagi berjaya diselamatkan selepas bot fiber dinaiki karam berhampiran di Kampung Tebing Runtoh di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan I, Saifulizam Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 9 .01 pagi.

Susulan itu seramai tujuh anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Bot berkenaan karam pada jarak 10 meter dari tebing. Terdapat dua mangsa masing-masing berusia 40-an. Seorang daripada mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

“Sementara seorang lagi masih belum ditemui. Operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihak bomba melakukan teknik surface searching dengan menggunakan bot nelayan di kawasan sekitar mangsa dilaporkan hilang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast