Para pemenang Pertandingan Kitar Semula Sekolah -sekolah (PERKISS) pada tahun ini bagi peringkat negeri diraikan dalam sebuah majlis di Kuantan hari ini

KUANTAN – Sebanyak 323 buah sekolah di seluruh Negeri Pahang bersaing secara sengit dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah -sekolah (PERKISS) pada tahun ini bagi peringkat negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Khalid Mohamed berkata penyertaan terdiri daripada 241 buah sekolah rendah dan 82 buah sekolah menengah.

Secara keseluruhannya, jumlah kutipan bahan kitar semula yang berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh pertandingan ialah sebanyak 503,071.97 kilogram dengan nilai RM332,453.99.

Pertandingan tersebut bermula 1 September 2024 hingga 31 Julai 2025

”Selain memupuk kesedaran kebersihan dan mangharapkan bermula di rumah dan menjadi kepada amalan bermula di sekolah dan dibawa ke rumah masing-masing,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah -sekolah (PERKISS) di sini, hari ini.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Menteri, Bera telah dinobatkan Sebagai Johan Kategori Utama Sekolah Rendah, manakala SMK Tengku Afzan, Kuantan muncul sebagai Johan Kategori Utama Sekolah Menengah. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast