Bot dari Indonesia yang ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana cuba membawa masuk kerang dara dan siput sedut tanpa permit import ke negara ini.

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan sebuah bot dari Indonesia untuk membawa masuk kerang dara dan siput sedut tanpa permit import ke negara ini.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, dalam Op Taring Gelora yang dijalankan pukul 7.15 pagi itu, bot barter trade Indonesia Arfan yang sedang dalam pelayaran dari Indonesia ke Pelabuhan Klang ditahan pada jarak satu Batu Nautika Dari Pelabuhan Selatan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat seorang tekong warga Indonesia bersama tiga awak-awak warga Indonesia.

“Hasil pemeriksaan menemui 160 beg guni kerang dara anggaran 8,000 kilogram (kg) dan 11 beg guni siput sedut anggaran 1,540 kg yang disimpan di dalam serta  atas petak kargo bot bernilai RM76,320.

“Mereka juga gagal mempamerkan dokumen/permit import membawa masuk kerang dara dan siput sedut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bot bersama barangan dirampas dan dibawa ke Jeti PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Kes disiasat mengikut Akta 728 Maqis 2011. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast