KUALA LUMPUR – Kapal Conscience yang membawa 92 orang doktor perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan termasuk lapan delegasi Malaysia telah tiba di Pelabuhan Ashdod kira-kira 12.45 pagi tadi, waktu Malaysia.

Menurut Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), para peguam daripada daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) juga berada di pelabuhan itu bagi menunggu kesemua peserta misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) .

“Lapan buah kapal yang lain belum diketahui status mereka setakat ini,” kata MyCARE menerusi perkembangan terkini pagi ini.

Semalam dilaporkan kesembilan kapal di bawah misi tersebut dipintas oleh rejim Zionis pukul 10.50 pagi waktu Malaysia.

Sebagai rekod, misi yang merentasi Laut Mediterranean itu membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan serta menuntut pembukaan koridor kemanusiaan ke Gaza.

Seramai lapan delegasi Malaysia berada di atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi di atas kapal layar Umm Saad bagi misi FFC x TMTG.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar kemudian mengesahkan Menteri Luar Negeri Turki, Hakkan Fidan telah dimaklumkan untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia bersama 21 orang delegasi negara itu, pulang bersama ke Istanbul.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast