Kedua-dua remaja dibawa turun tanpa sebarang kecederaan.

BUKIT MERTAJAM – Dua remaja perempuan yang dilaporkan sesat ketika menjalankan aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tokun, di sini ditemukan selamat oleh pasukan bomba selepas empat jam pencarian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 11.59 pagi.

“Dua remaja berusia 18 tahun itu telah menghantar lokasi keberadaan mereka melalui aplikasi WhatsApp.

“Operasi mencari dan menyelamat berdepan sedikit kesukaran disebabkan faktor bentuk muka bumi serta jarak yang agak jauh untuk sampai ke lokasi mereka,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kedua-duanya dibawa turun ke kaki bukit dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi berkenaan, katanya tamat pada 4.45 petang. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast