Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Empat pelajar merogol seorang pelajar perempuan secara bergilir-gilir di sebuah sekolah di Alor Gajah akan didakwa di Mahkamah Majistret, Melaka hari ini.

Pejabat Peguam Negara mengesahkan kesemua akan didakwa di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap individu-individu yang terlibat,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu kenyataan yang sama menjelaskan telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes rogol tersebut.

Dalam masa yang sama, Jabatan Peguam Negara turut menegaskan akan memastikan setiap kesalahan jenayah khususnya melibatkan mangsa kanak-kanak dan jenayah seksual diambil tindakan sewajarnya dan ditangani dengan tegas berlandaskan undang-undang.

Sebagai rekod, polis mengesahkan empat pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan depan, direman enam hari bermula 11 Oktober lalu.

Media sebelum ini melaporkan kejadian rogol bergilir-gilir tersebut berlaku sekitar 2.50 petang pada 2 Oktober lepas dalam sebuah kelas di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah.

Malah perbuatan itu dirakam mengguna telefon bimbit oleh dua daripada suspek.

Insiden tersebut terbongkar selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah sebelum membuat laporan polis.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua daripada 4 suspek kes rogol pelajar sekolah dituduh pagi ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast