Dr Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) masih menunggu kenyataan rasmi daripada polis sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kematian seorang penuntut Universiti Malaya yang dilaporkan terjatuh dari bangunan kolej, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Al-Fatihah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT,” ujarnya.

Semalam, Universiti Malaya mengesahkan seorang mahasiswa terjatuh di salah satu kolej kediaman kira-kira 3.30 petang tadi.

Menurutnya, pelajar berkenaan telah pun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan universiti itu akan memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan.

“Sehubungan itu, pihak universiti menyeru semua pihak agar menghormati privasi keluarga Allahyarham serta tidak membuat sebarang spekulasi atau perkongsian maklumat yang tidak sahih berhubung insiden ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

Pelajar UM terjatuh dari bangunan kolej kediaman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast