24 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Sekolah SK Penerok, Pontian selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat.

PONTIAN – Seramai 84 mangsa banjir melibatkan 24 keluarga di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Penerok selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat semalam.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor dalam satu kenyataan memberitahu, mangsa banjir berkenaan dari Kampung Makam, Penerok dan Kampung Parit Bugis ditempatkan di PPS tersebut yang dibuka pukul 8 malam tadi.

“Hujan lebat menyebabkan banjir kilat. Pemantauan masih dilakukan sehingga kini dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Setakat ini hanya sebuah PPS yang dibuka,” jelas kenyataan tersebut dalam kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast