PUCHONG – Dua buah kenderaan terlibat dalam kebakaran di Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, di sini, jam 8.04 malam semalam.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Ahmad Rijal Bin Hanifah berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor melalui Pusat Gerakan Operasi Negeri telah menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kebakaran kereta tersebut.
Menurutnya, seramai tujuh orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Puchong telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Dua buah kenderaan telah terbakar, sebuah Toyota Yaris terbakar enam puluh peratus di bahagian hadapan dan sebuah BMW terbakar keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, tiada mangsa yang terlibat dan dilaporkan cedera. – MalaysiaGazette















