BALIK PULAU – Fasilitator sambilan yang disyaki mencabul empat murid lelaki berusia 12 tahun ketika menyertai kem motivasi di Kampung Genting, di sini, akan didakwa di mahkamah esok.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek akan dituduh Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Suspek kes berkenaan akan dituduh esok di Mahkamah Balik Pulau,” katanya hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, fasilitator sambilan sebuah akademi ditahan pada 15 Oktober lalu ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap empat murid lelaki berusia 12 tahun sebuah pusat latihan di sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata, kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi di bilik asrama lelaki pusat latihan berkenaan, pada 12 Oktober lalu.
“Suspek berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Petani, Kedah semalam selepas laporan dibuat guru besar pada hari sama,” katanya.
Difahamkan, empat murid lelaki berusia 12 tahun dari sebuah sekolah di daerah Kerian, Perak, mendakwa dicabul ketika sedang tidur di dorm kem motivasi yang berlangsung di Kampung Genting di sini. – MalaysiaGazette















