Foto Facebook Tengku Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) yang berlangsung hari ini menandakan permulaan kepada  Sidang Kemuncak ASEAN ke-47  pada 26 Oktober ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, bukan setakat pemimpin ASEAN tetapi juga melibatkan para pemimpin rakan dialog ASEAN.

Menurut beliau, kehadiran pemimpin utama dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan dan Premier China, Li Qiang menyaksikan perhatian komuniti antarabangsa tertumpu ke Kuala Lumpur.

“Semalam saya meninjau persiapan di Kuala Lumpur Convention Centre. Para petugas nampak bersemangat untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

“Insya-Allah, Malaysia akan memastikan Mesyuarat AECC dan Sidang Kemuncak ASEAN ini membuahkan hasil yang signifikan demi kemakmuran serantau,” katanya di Facebook  hari ini.

Foto Facebook Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 akan bermula dengan mesyuarat peringkat menteri yang dijadual hari ini dan esok sebelum sidang kemuncak berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober ini melibatkan ketua negara ASEAN serta pemimpin negara rakan dialog.

Selain pemimpin ASEAN, Trump dan Qiang, lebih 20 pemimpin dunia dijadual menghadiri sidang kemuncak itu termasuk Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva; Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa; Presiden Kesatuan Eropah, Antonio Costa dan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi.

‎Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sejak penubuhan blok serantau itu pada 1967 selepas 2015, 2005, 1997 dan 1977. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast