Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa, Rajak Ismail, 59, maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kuda yang melintas jalan di Jalan Sempang Bukit Kuda, Merlimau, Jasin ketika dalam perjalanan dari arah rumahnya di Serkam menuju ke UiTM Jasin.

JASIN – Seorang tukang cuci di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kuda yang melintas jalan di Jalan Sempang Bukit Kuda, Merlimau, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa, Rajak Ismail, 59, ketika itu dalam perjalanan dari arah rumahnya di Serkam menuju ke UiTM Jasin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Nor Azlinda Nordin berkata, siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR itu dipercayai telah melanggar haiwan tersebut yang melintas dari arah kiri jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa, Rajak Ismail, 59, maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kuda yang melintas jalan di Jalan Sempang Bukit Kuda, Merlimau, Jasin ketika dalam perjalanan dari arah rumahnya di Serkam menuju ke UiTM Jasin.

“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran dan pihak polis telah mengesan serta menemu bual pemilik kuda berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Ahmad Aqil Yusoff di talian 013-9393747 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast