Pasukan bola sepak PDRM bergambar kenangan dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) selepas menang 1-0 terhadap Pasukan Polis Singapura (SPF) di Stadium Darul Makmur, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi menewaskan pasukan bola sepak Pasukan Polis Singapura (SPF) pada perlawanan sempena Interforces Games RMP-SPF 2025 edisi ke-60 di Stadium Darul Makmur di sini hari ini.

Pertembungan sengit antara dua pasukan yang berakhir pada pukul 4.42 petang tadi memeterai kemenangan mutlak PDRM 1-0.

Gol tunggal itu dijaringkan Ketua Staff Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner Nasri Mansor di separuh masa kedua pada minit ke-54.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay turut hadir menyaksikan perlawanan itu dan menyampaikan hadiah kejohanan dan empat acara sukan lain yang dipertandingkan.

Selain bola sepak, dua sukan lain yang dipertandingkan turut dimenangi PDRM iaitu acara golf, futsal wanita dan badminton, manakala acara bola jaring menangi SPF.

Kontinjen PDRM disertai 86 orang pemain, masing-masing 25 pemain bola sepak, 16 pemain acara golf dan badminton, bola jaring (15 pemain) dan futsal Wanita (14 pemain) pada edisi kali ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast