Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala seorang pelajar sekolah menengah cedera dalam kemalangan dua motosikal di Jalan Kangkar Baru-Paloh, Yong Peng, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala seorang pelajar sekolah menengah cedera dalam kemalangan dua motosikal di Batu 2, Jalan Kangkar Baru-Paloh, Yong Peng dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mendapati kejadian berlaku pukul 7.40 pagi.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa sebuah motosikal dari arah Kangkar Baru dan sedang menghala ke arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng.

“Apabila tiba di tempat kejadian semasa bergerak terus telah berlaku perlanggaran dengan sebuah motosikal yang tiba-tiba keluar simpang,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, akibat perlanggaran tersebut menyebabkan penunggang motosikal yang keluar simpang iaitu seorang lelaki warga Indonesia berumur 48 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa tersebut katanya, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Klinik Kesihatan Yong Peng yang datang memberikan rawatan awal.

“Sementara penunggang motosikal yang bergerak terus iaitu seorang remaja lelaki berumur 17 tahun mengalami kecederaan di bahagian leher dan muka,” katanya.

Tambahnya, siasatan Polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

Terdahulu tular foto-foto kemalangan tersebut yang memaparkan remaja lelaki lengkap berpakaian sekolah terlibat dalam kemalangan dua motosikal.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenapa berita seolah2 pelajar yg menunggang di jalan lurus itu bersalah? Kita semua tahu keluar simpang secara melulu itu yg salah.

Comments are closed.