Seorang pemandu lori ditahan Jabatan Agama Islam Melaka selepas disyaki berkhalwat bersama kekasihnya ketika penyewa yang lain sedang tidur di sebuah rumah teres di Klebang Kechil, Melaka, awal pagi semalam.

MELAKA – Seorang pemandu lori ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat bersama kekasihnya ketika penyewa yang lain sedang tidur di sebuah rumah teres di Klebang Kechil, di sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan anggota penguat kuasa selepas menerima aduan mengenai kegiatan mencurigakan di kediaman berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, pemandu lori berusia 28 tahun itu berada bersama kekasihnya, 26 tahun manakala satu lagi pasangan suami isteri yang menyewa di rumah teres itu sedang tidur di dalam bilik lain.

“Hasil soal jawab, lelaki itu yang juga pemilik rumah berkenaan mengaku membawa masuk kekasihnya itu secara senyap-senyap ketika penyewanya yang sudah berkahwin berusia 27 dan 24 tahun sudah masuk tidur,” katanya.

Seorang pemandu lori ditahan Jabatan Agama Islam Melaka selepas disyaki berkhalwat bersama kekasihnya ketika penyewa yang lain sedang tidur di sebuah rumah teres di Klebang Kechil, Melaka, awal pagi semalam.

Menurutnya, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dan disyaki berkhalwat.

Sabit kesalahan, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“JAIM menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah pergaulan bebas serta menjaga batas perhubungan bagi mengelakkan fitnah dan tindakan undang-undang,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast