Kebakaran di Salak Tinggi.

KUALA LUMPUR – Kebakaran melibatkan kawasan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas 13 jam.

Dilaporkan, kawasan yang terbakar membabitkan hutan seluas lapan hektar berdekatan sebuah taman perumahan berjaya dipadamkan pukul 5.37 pagi tadi.

Ketua Zon 5 KLIA, Mohamad Issmanto Md. Pono berkata, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan struktur bangunan dan mangsa.

Kebakaran awal membabitkan kawasan seluas 1.5 ekar sebelum merebak ke kawasan lain seluas 20 ekar,” katanya dipetik daripada Kosmo!

Terdahulu katanya, antara yang terlibat dalam usaha memadam kebakaran berkenaan adalah anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Dengkil, Cyberjaya dan KLIA, bomba sukarela Delek Klang, Skuad Pantas dan Angkatan Pertahanan Awam.

Ujarnya, api merebak dengan cepat disebabkan cuaca panas dan berangin selain operasi pemadaman berdepan kesukaran berikutan tiada akses laluan masuk bagi jentera bomba ke kawasan berkenaan.

Sebagai rekod, bomba menerima panggilan mengenai kebakaran berkenaan pada 4.32 petang semalam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast