KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang telah dilaporkan hilang di kawasan Petaling Jaya pada Sabtu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, kanak-kanak lelaki berbangsa Melayu berumur lapan tahun itu terakhir kali dilihat di Taman Desaria kira-kira pukul 6 petang pada Sabtu lalu.
Kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Rayqal Naufal Muhammad Zuwawie itu mempunyai warna kulit seakan-akan kuning langsat, berambut pendek dan berketinggian kira-kira 130 sentimeter.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Ainol Syafiq Alpazar di talian 018-3487636 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette
















