KUALA LUMPUR – Seorang wanita cedera tersepit di dalam kereta selepas terbabit dalam sebuah kemalangan dengan treler di Jalan Gua Musang – Kuala Krai, Kelantan berhampiran bekas stesen minyak Caltex lama awal pagi ini.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut melaui sistem MRS999 pada pukul 8.08 pagi tadi.
Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK) Nik Mohd Radzi Nik Muhammad bersama dengan PBK I Che Razak Harun bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada 8.26 pagi.
“Sebaik tiba, bomba mendapati terdapat kejadian Kemalangan jalanraya Melibatkan sebuah treler Volvo 460 dan sebuah kereta Produa Myvi.
“Terdapat seorang mangsa perempuan dewasa tersepit di dalam kereta Myvi tersebut,” katanya dalam kenyataan di akaun rasmi Facebook JBPM Kelantan hari ini.
Tambahnya, mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan operasi dikawal sepenuhnya pada pukul 8.48 pagi dan tamat pada 9 pagi tadi – MalaysiaGazette
















