KUALA LUMPUR – Dua lelaki berusia lingkungan 22 dan 40 tahun ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu pemeriksaan di Kampung Segong, Bau Sarawak semalam.
Ketua Polis Derah Bau, Superintenden Mohd Haide A.Rahman berkata, pemeriksaan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau sekitar jam 1.30 petang.
“Hasil pemeriksaan terhadap salah seorang suspek menjumpai satu paket plastik kecil lutsinar yang mengandungi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu.
“Saspek kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Tambah beliau, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua individu tersebut positif dadah dan kini ditahan dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Mohd Haide menegaskan sebarang makluamat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh disalurkan kepada Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-5929211. -MalaysiaGazette
















