Tiga lelaki warga maut selepas sebuah kontena di atas kapal MSC Kyparissia terbakar di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Tiga lelaki warga Malaysia, Britain dan Filipina maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kontena di atas kapal MSC Kyparissia terbakar di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan I Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 12.23 tengah hari

Susulan itu katanya, sembilan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender FRT dan sebuah kenderaan utiliti dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pasukan BBP Iskandar Puteri tiba di lokasi pada pukul 12.40 tengah hari. Siasatan mendapati kebakaran berlaku ketika kerja-kerja pemunggahan kontena dijalankan di bahagian bawah geladak (under hatch) Blok 5.

“Kejadian melibatkan enam mangsa. Tiga maut terdiri daripada lelaki Malaysia berusia 59 tahun, lelaki Filipina (40-an) dan lelaki Britain (40-an),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tiga lagi cedera iaitu lelaki Malaysia (26) dan dua lelaki Filipina (40-an), mereka telah dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri oleh ambulans PTP.

“Pemadaman awal dilakukan oleh bomba PTP menggunakan dua tug boat, dibantu kerja-kerja unloading oleh Quay 118,” ujarnya.

Pihak bomba katanya, membuka Pos Kawalan Hadapan (PKH) dan operasi masih dijalankan dengan kerjasama pihak PTP sehingga kini.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast