Anjung E.A.T.S merupakan zon makanan utama di bawah Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025.

KUALA LUMPUR – Hampir 10,000 pengunjung yang rata-rata pelajar universiti memeriahkan karnival Anjung E.A.T.S sempena penganjuran Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025 selama lima hari bermula Selasa lalu.

Penganjurnya, Rayme Zainal berkata, program itu berperanan melengkapkan sebuah festival dengan komponen FoodFest yang menghimpunkan pelbagai menu dan produk usahawan makanan dan minuman tempatan bagi mewujudkan suasana yang ceria dan selasa untuk pengunjung.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd. memberitahu, berinspirasikan akronim E.A.T.S – Explore, Appreciate, Taste & Share, Anjung E.A.T.S menghimpunkan 25 usahawan terdiri daripada usahawan gerai dan peniaga foodtruck yang menyajikan pelbagai hidangan street food, makanan tradisional serta fusion.

“Sebagai pelaksana komponen FoodFest ini, kami bangga dapat memberi pengalaman menarik kepada para pelajar dan pengunjung yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berinspirasikan akronim E.A.T.S – Explore, Appreciate, Taste & Share, Anjung E.A.T.S menghimpunkan 25 usahawan makanan tempatan.

Anjung E.A.T.S merupakan zon makanan utama di bawah FOI Putrajaya 2025 yang dikendalikan oleh Putrajaya International Convention Centre (PICC) di bawah KPT.

Zon itu menyediakan komponen FoodFest rasmi untuk para pengunjung terutamanya golongan pelajar dan komuniti kampus dengan menawarkan harga rahmah di bawah RM10.

Semalam pada majlis penutup, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji penganjuran FOI oleh KPTdengan menyifatkannya sebagai platform penting untuk mencambah pemikiran segar dan terbuka selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

FOI 2025 yang berlangsung dari 4 November hingga hari ini dijangka menarik hampir 500,000 pengunjung fizikal dan sekitar dua juta peserta termasuk 1.5 juta peserta maya dari seluruh dunia.

Memasuki tahun kedua penganjurannya, FOI 2025 bukan sekadar medan pertemuan idea tetapi juga wadah utama untuk merealisasikan solusi berasaskan ilmu dan kreativiti demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara. – MalaysiaGazette

Komponen FoodFest rasmi untuk para pengunjung terutamanya golongan pelajar dan komuniti kampus dengan menawarkan harga rahmah di bawah RM10.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast