Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

KUALA LUMPUR – Operasi perkhidmatan tren di Stesen Butterworth kini kembali pulih sepenuh selepas kerja pengalihan tren Komuter enam gerabak (SCS03) yang terlajak di hujung landasan di Platform Empat semalam berjaya diselesaikan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 6.01 pagi semalam dan ia berjaya diselesaikan sepenuhnya.

Menurut KTMB, perkhidmatan tren penumpang kembali beroperasi seperti biasa mulai jam 7.51 malam semalam.

Pihak KTMB turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penumpang atas kesabaran dan kefahaman yang diberikan sepanjang tempoh kerja pemulihan dijalankan.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya kekal komited meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna terus menjadi keutamaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast