Wanita dilaporkan hilang dikenali sebagai R. Samala Davi Veera Ragayan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta mengesan seorang wanita tempatan dikenali sebagai R. Samala Davi Veera Ragayan
dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan wanita terbabit sekitar pukul 1.38 petang pada Sabtu lalu .

“Wanita berusia 52 tahun itu kali terakhir dilihat di kawasan Jalan Timur, Petaling Jaya selepas keluar dari rumah pada 6 November 2025 pukul 11 pagi dengan memakai baju Punjabi merah/ungu, berseluar panjang hitam dan berselipar hitam.

“Mangsa memiliki ketinggian kira-kira 157 sentimeter, berbentuk badan berisi (gempal), berwajah bulat, berkulit cerah, mempunyai tanda merah di tengah dahi serta berambut hitam panjang paras pinggang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan mangsa diminta tampil membantu siasatan.

Orang ramai boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor S. Baalanaagan Chanderan di talian 014-8882388 / 016-3583960 atau 03-7966 2222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast