Tangkap layar situasi kejadian. -Sumber Media Sosial.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang bekerja di butik pakaian di pekan Jerteh berdepan detik cemas apabila diragut seorang lelaki bertopi keledar pada 6.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Azamuddin Ahmad berkata, suspek yang memakai topi keledar warna biru dan berjaket coklat gelap bertindak merampas dua utas rantai tangan dan seutas rantai leher dari mangsa.

“Kejadian berkenan berlaku di tempat kerja mangsa iaitu Kedai Emaariina Hijab.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kesan calar di bahagian tangan dan leher serta anggaran kerugian lebih kurang RM15,000,” katanyan dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan suspek masih dalam buruan pihaknya.

Beliau turut meminta saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Nurazam Rapail di talian 09-6956222 sambungan 5913 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast