Calon Parti Kebangsaan Sabah, Dusi Gingging dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan ketika menyerahkan borang penamaan calon DUN Kiulu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Dewan Seri Sulaman, Tuaran. Bagaimanapun Dusi sempat menghantar borang penamaan dan disahkan layak bertanding. Foto MALAYSIAGAZETTE, 15 NOVEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Seorang calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Dusi Gingging yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terpaksa dikejarkan ke hospital, hari ini.

Dusi yang tiba-tiba mengadu tidak sihat ketika menunggu cabutan undi calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran terpaksa dibantu oleh calon Barisan Nasional (BN) Sulaman, Dr Shahnon Rizal Thaijuddin dan calon Parti Warisan Tamparuli, Dr Joseph Lee.

Menerusi satu rakaman video yang tular, Dusi dilihat diusung ke ambulans untuk dibawa ke Hospitan Tuaran bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Meskipun mengalami masalah kesihatan, beliau sempat menyerahkan borang pencalonannya dan disahkan layak bertanding pada Pilihan Raya DUN Sabah Ke-17. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast