lori treler membawa muatan 'metal oxide' dipercayai aluminium atau zinc oxide musnah hampir 80 peratus selepas terbakar di KM 28 Lebuhraya ELITE menghala ke KLIA. Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

KUALA LUMPUR – Sebuah treler membawa muatan metal oxide dipercayai aluminium atau zinc oxide musnah hampir 80 peratus selepas terbakar di Kilometer 28, Lebuh Raya ELITE menghala ke KLIA malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, anggaran kebakaran adalah 80 peratus dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Bomba menerima panggilan kecemasan pukul 9.25 malam dan pasukannya tiba di lokasi pukul 9.43 malam dengan jarak perjalanan sejauh 20 kilometer, katanya.

Pasukan dari BBP Cyberjaya dan Shah Alam (Hazmat) turut membantu pemadaman dan operasi keselamatan susulan kebakaran melibatkan bahan mudah terbakar.

Komander Operasi, PBK II Mohd Shahrulizuna Hussin berkata, kebakaran melibatkan bahagian treler lori bernombor pendaftaran.

sebuah lori treler membawa muatan ‘metal oxide’ dipercayai aluminium atau zinc oxide musnah hampir 80 peratus akibat terbakar di KM 28 Lebuhraya ELITE menghala ke KLIA. Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Dalam perkembangan terkini pagi ini, pihak bomba memaklumkan kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya dan operasi beralih kepada pengalihan treler dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, penggunaan backhoe tidak dapat dilakukan berikutan risiko percikan api sekiranya berlaku sentuhan logam yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Namun treler berkenaan dialihkan menggunakan kaedah menolaknya ke cerun setinggi kira-kira lima kaki beralaskan rumput.

Seramai 23 anggota dengan beberapa aset termasuk LFRT, FRT, Water Tanker dan jentera Hazmat terlibat dalam operasi yang masih diteruskan sehingga kes selesai sepenuhnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast