Mahkamah Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Gara-gara menunjukkan jari tengah kepada pengguna jalan raya lain, seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Kenneth Tan Kah Wee, 44, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah didapati berkelakuan dengan cara menghina terhadap seorang lelaki dengan niat untuk membangkitkan keadaan tidak aman di Jalan Pulai 62, Skudai di sini, pukut5.22 petang, 12 November lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda sehingga RM100, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Deana Aqilah Aliman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahmamah kemudian turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Difahamkan, tertuduh telah menunjukkan isyarat jari tengah kepada lelaki berkenaan ketika kedua-duanya sedang memandu di jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast