Pengerusi FDAM, Datuk Adflin Shauki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama komuniti penggiat seni menjalinkan kolaborasi penting bagi memperkukuhkan industri kreatif tanahair menerusi program sesi taklimat bersama Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Pengerusi FDAM, Datuk Adflin Shauki berkata, program itu bukan sekadar perkongsian ilmu tetapi usaha bersama bagi memastikan nilai integriti diterapkan dalam ekosistem kreatif yang mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat.

“Kerjasama dua hala ini membuka ruang dialog antara pihak penguat kuasa dan pemain industri seni bagi memahami cabaran serta keperluan sebenar dunia kreatif.

“Program ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan strategik antara SPRM dan penggiat seni,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada sesi taklimat di Pawagam Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Klang hari ini.

Ujarnya, kolaborasi itu dijangka menjadi pemangkin kepada budaya produksi kreatif yang lebih telus, beretika dan berintegriti tinggi di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Cawangan Sosiobudaya dan Politik, Bahagian Pendidikan Masyarat SPRM, Aini Awang Muda turut berkongsi amalan tadbir urus baik dan prinsip etika profesional.

Aini Awang Muda

Ia termasuk panduan pengurusan integriti yang boleh diadaptasi dalam proses pengarahan, penerbitan dan penghasilan kandungan media.

Turut hadir, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac, Pengarah Bahagian Komunikasi  Strategik SPRM,Hisyam Mohd Yusoff, wakil Karya Reels, pengarah filem, Erma Fatima dan ahli-ahli FDAM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast