Tiga pelajar tingkatan empat mengaku tak salah tanggal seluar rakan sekolah.

PARIT – Tiga pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di sini, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan menghina dengan menanggalkan seluar seorang pelajar tingkatan satu pada 14 November lalu.

Tertuduh masing-masing berusia 16 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai di Mahkamah Majistret Parit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama melakukan perbuatan berkenaan dengan cara menolak dan menanggalkan seluar mangsa di hadapan orang ramai.

Mereka didakwa melaku kesalahan berkenaan di dewan salah sebuah sekolah menengah di sini, pada jam 8.30 pagi pada 14 November 2025.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM500 dikenakan terhadap setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Syukri Abdul Talib manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast