KUALA LUMPUR – Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) buat julung kali melancarkan ikhlas.com Travel Fair 2025: Discover the Jewels of Asia, satu pencapaian penting yang melambangkan komitmen syarikat dalam mengembangkan segmen pelancongan dan gaya hidup mesra Muslim.
Berdepan pengunjung mulai 21 hingga 30 November 2025 di Plaza Sungei Wang, pameran itu mengetengahkan pelbagai promosi eksklusif, aktiviti keluarga serta sesi perkongsian bermanfaat yang dirangka bagi menginspirasi perjalanan lebih bermakna, beretika dan bernilai pada tahun 2026 dan seterusnya.
Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, acara itu bukan sekadar pameran biasa, sebaliknya ia satu wadah merayakan penemuan, hubungan dan keimanan.
“Kami mahu memudahkan umat Islam meneroka permata tersembunyi di Asia, dengan memberi keutamaan kepada aspek halal, keselesaan dan ketenangan hati.
“Ini adalah usaha kami untuk memberikan pengalaman perjalanan yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran ikhlas.com Travel Fair 2025: Discover the Jewels of Asia, hari ini.

Beliau menjelaskan pameran itu menyediakan ekosistem pelancongan lengkap di bawah satu bumbung, merangkumi pakej Umrah dan pelancongan mesra Muslim, destinasi domestik serta pilihan percutian serantau.
Antaranya termasuk Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Turkiye, Uzbekistan, Kazakhstan dan lain-lain. Penawaran ini turut selari dengan peluasan rangkaian penerbangan AirAsia.
“Sepanjang sepuluh hari berlangsung, pengunjung dapat menikmati pelbagai tawaran istimewa termasuk diskaun RM2,000 bagi tempahan empat pakej perjalanan, cabutan bertuah pakej Umrah bernilai RM4,990 untuk dua pemenang, serta promosi Umrah mengikut musim.
“Para pengunjung juga berpeluang bertemu pakar perjalanan ikhlas.com untuk mendapatkan konsultasi serta meneroka pakej mesra Muslim yang berbaloi dan sejajar dengan prinsip kembara halal.
“Mereka turut boleh menikmati pelbagai manfaat tambahan bersama rakan kerjasama seperti AirAsia, AirAsia MOVE, AirAsia Rewards dan Tune Protect,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Sungei Wang Plaza, Joseph Teo berkata, pihaknya bangga dan begitu teruja menjadi lokasi penganjuran pameran perjalanan pertama ikhlas.com.
“Kerjasama ini adalah penghormatan kepada perjalanan mesra Muslim dan berasaskan nilai. Ia membawa visi yang selari antara kami dalam mempromosikan kembara bermakna yang meraikan budaya dan warisan kaya rantau Asia,” ujarnya.

Sempena pelancaran tersebut, ikhlas.com turut mengumumkan promosi terhad termasuk diskaun pakej Umrah, tawaran Beli 1 Percuma 1 bagi destinasi pilihan Asia, serta penebusan ganjaran eksklusif menggunakan mata AirAsia Rewards.
ikhlas.com Travel Fair 2025 dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam di Plaza Sungei Wang. Untuk maklumat lanjut, layari www.ikhlas.com atau ikuti @ikhlasdotcom untuk promosi dan sorotan acara terkini.
Dilancarkan pada Oktober 2020 ketika kemuncak pandemik, ikhlas.com merupakan platform gaya hidup dan pelancongan Islam di bawah Capital A Berhad yang menumpukan perkhidmatan Umrah, pelancongan mesra Muslim serta perkhidmatan ibadah seperti Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah dan Qurban.
Aplikasi ikhlas.com boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store. – MalaysiaGazette
















