Tangkap layar daripada video yang tular

MELAKA – Seorang pemandu dipercayai mengalami sawan sebelum merempuh sebuah kereta lain di hadapannya dalam kemalangan di Jalan Hang Tuah, di sini semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu berlaku ketika sebuah jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun sedang membelok ke kanan dari arah Jonker Walk menghala ke Jalan Tun Ali.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, pada masa sama, sebuah kereta lain jenis Honda Jazz dipandu mekanik yang datang dari arah belakang melanggar bahagian belakang Honda Civic.

“Akibat rempuhan itu, kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang, melibatkan bumper, bonet, ekzos, tayar, fender, dan pintu.

“Siasatan awal mendapati pemandu Honda Jazz, mekanik lelaki berusia 24 tahun, dipercayai mengalami sawan ketika memandu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerosakan yang dialami kedua-dua kereta.

Tambahnya, tiada kecederaan akibat kemalangan dialami kedua-dua pemandu namun mekanik terbabit dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diperolehi di kawasan berkenaan dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” tambahnya.

Terdahulu, kejadian berkenaan tular di media sosial menunjukkan pemandu Honda Jazz berkenaan tidak sedarkan diri selepas nahas sebelum dikejutkan orang ramai.

Lelaki itu kemudian tersedar dan memberi reaksi seolah-olah baru lepas diserang sawan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast