Talian Bilik Gerakan Banjir yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Pahang khusus kepada petani yang terjejas akibat banjir di Pahang.

KUANTAN – Inisitif yang diambil oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang dengan menyediakan bilik gerakan Banjir bagi membantu petani dan usahawan tani di negeri itu wajar dipuji dan dicontohi.

Jabatan itu telah mengaktifkan bilik gerakan bagi membantu petani dan usahawan tani yang terjejas akibat kerosakan tanaman serta industri asas tani akibat bencana alam itu di seluruh Pahang.

”Langkah kesiapsiagaan ini memastikan pemantauan dan pengurusan sektor tanaman makanan dilaksanakan secara teratur agar kesinambungan bekalan makanan negeri kekal terjamin.

”Petani atau pengusaha yang mengalami kerosakan akibat banjir digalakkan menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Pertanian Negeri Pahang,” katanya menerusi kenyatan di Facebook hari ini.

Selain itu, petani yang terjejas akibat banjir boleh menghubungi Pejabat Pertanian Daerah masing-masing untuk maklumat lanjut berkaitan proses pelaporan dan bantuan yang disediakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast