Wan Rosdy mengemudi bot sendiri semasa berkempen pada hari terakhir di Tangjung Aru, di Kota Kinabalu, hari ini.

KUANTAN – Aksi selamba Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang turun berkempen di hari terakhir sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berjaya mencuri perhatian.

Mana tidaknya, gelagat Naib Presiden UMNO itu kelihatan bersahaja ketika mengemudi sendiri bot ke Tanjung Aru, Kota Kinabalu hari ini.

”Pagi tadi saya mengemudi bot menuju ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Aru bagi meneruskan kempen bersama calon Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

”Sokongan, senyuman dan semangat yang di terima daripada masyarakat setempat benar-benar memberikan kekuatan kepada kami untuk terus memperjuangkan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

”Ayuh semua rakyat Sabah turun mengundi pada hari esok, 29 November 2025,” katanya.

Beliau menyeru rakyat Sabah agar menggunakan hak mereka sebaik mungkin demi masa depan negeri ini.

”Setiap undi membawa harapan, setiap pilihan menentukan hala tuju Sabah. Pilih calon Barisan Nasional. Radu Tatap Radu, Radu Sampai Menang’. Bikin Balik Sabah,” katanya.

Esok nasib Sabah akan ditentukan oleh 1.76 juta pengundi yang akan mengundi memilih wakil rakyat masing-masing setelah tempoh kempen 14 hari yang bermula pada 15 November lalu.

Sebanyak 882 pusat mengundi di seluruh negeri dengan 3,558 saluran mengundi akan dibuka serentak pada jam 7.30 pagi esok hingga 5.30 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast