Kredit FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan ekonomi negara dan prospek pembangunan Johor.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata sesi menghadap itu yang diadakan selepas Majlis Pelancaran Maharani Freeport di Tanjung Emas, Muar, turut menyentuh mengenai keperluan untuk memastikan keseimbangan kemajuan antara negeri-negeri terus dipelihara.

“Saya turut berkongsikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh daya saing negara, agar setiap inisiatif pembangunan mampu memberikan limpahan manfaat yang benar-benar dirasai rakyat di seluruh pelosok tanah air,” kata beliau.

Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan pelabuhan bebas cukai tenaga pertama negara Maharani Freeport di Kompleks Maharani Energy Gateway (MEG), di Tanjung Emas, Muar. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast