Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan JAIM selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dalam sebuah rumah di negeri ini. Gambar kecil menunjukkan remaja 14 tahun menyorok di bawah timbunan pakaian dalam salah satu bilik rumah yang sama di Melaka baru-baru ini,

MELAKA – Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dalam sebuah rumah di negeri itu.

Kejadian itu dikongsi Bahagian Penguat Kuasa JAIM menerusi video berdurasi 51 saat yang dikongsi di media sosial TikToknya pada Jumaat lalu.

“Ketika sebuan dilakukan sepasukan pegawai JAIM, pegawai penguat kuasa agama (PPA) memberi salam beberapa kali namun tidak diendahkan kedua-dua suspek.

“Keadaan itu menimbulkan kecurigaan kerana pasukan serbuan yakin suspek lelaki berada di dalam premis berdasarkan risikan awal hasil maklumat awam,” katanya.

Bagaimanapun apabila pintu berjaya dibuka, pemeriksaan lanjut menemukan remaja perempuan berusia 14 tahun itu sedang bersembunyi.

“Remaja itu menyorok di bawah timbunan pakaian dalam salah satu bilik di rumah berkenaan dan lelaki itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan yang sah dengan remaja itu.

“Kedua-dua mereka dibawa ke Pejabat JAIM untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast