KUALA LUMPUR – Klinik Dr Hasbi berkolaborasi bersama Ruffedge bagi simbol penyatuan sains dan seni demi manfaat masyarakat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Klinik Dr. Hasbi, Datuk Dr Hasbi Harun, pemilihan Ruffedge bukan sekadar kerana populariti mereka dalam industri muzik tetapi kerana kumpulan itu melambangkan persahabatan, disiplin dan inspirasi – nilai yang selari dengan usaha menyampaikan mesej kesihatan kepada generasi muda.
Klinik Dr Hasbi menggunakan rawatan Mesenchymal Stem Cells (MSC) dalam regeneratif kesihatan.
Klinik yang sama terdapat rawatan terapi stem cell khususnya untuk masalah sakit lutut yang dapat membantu anda kembali sihat dan berjalan seperti biasa.
Bagi vokalis Ruffedge, Azan, berkongsi kisah peribadinya di mana tahap kesihatan lutut mula terganggu pada usia 41 tahun dan sehingga menjejaskan pergerakan.
“Dahulu saya ambil ringan bila sakit lutut. Namun apabila keadaan semakin serius dan bengkak, saya buat pemeriksaan, rupanya osteoarthritis.
“Gel lutut sudah berkurangan dan tulang bergesel,” katanya.
Bertitik tolak daripada keperluan untuk kekal sihat demi keluarga dan kerjaya, Azan memilih rawatan stem cell di Klinik Dr Hasbi.
Menerusi kolaborasi itu, setiap anggota Ruffedge akan menerima rawatan regeneratif mengikut masalah masing-masing, termasuk kecederaan sukan dan degenerasi tisu akibat usia.
Majlis menandatangani memorandum (MoU) antara Klinik Dr. Hasbi & Ruffedge berlangsung diantara Dr Hasbi yang turut disaksikan Ketua Pegawai Operasinya, Datin Adibah Karimah Abdul Majid bersama anggota Kumpulan Ruffedge iaitu Azanuddin (Azan), Syed Hussein (Sein), Syed Mohammad, Mohd Kamaruzaman Zain (Zain) dan Farish (Catt Farish).
Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan Klinik Dr Hasbi boleh berkunjung ke Bandar Puteri, Puchong.
Dr Hasbi berkata, disebabkan permintaan semakin meningkat, Dr. Hasbi turut mengumumkan perancangan membuka Medical & Wellness Centre pada tahun 2026, lengkap dengan pusat rehabilitasi dan kemudahan kesihatan moden.
“Pusat perubatan enam tingkat ini masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun depan. Selain saya ada beberapa doktor yang saya latih akan membantu kami nanti.
“Setakat ini pelanggan kami bukan saja dari Malaysia malah dari Hong Kong dan Singapura. Mungkin lepas ini kami akan buka cawangan di Pulau Pinang dan Johor pula.
“Kos pembinaannya mungkin mencecah antara antara 6 juta hingga ke 7 juta dan silap-silap boleh mencecah hingga 10 juta dengan kos bangunan, mesin-mesin perubatan yang mahal dan lain-lain lagi,” ujarnya. – MalaysiaGazette















