Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke

KUALA LUMPUR – DAP Sabah tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri Sabah, termasuk jawatan Ahli Dewan Negeri Undangan (ADUN) Sabah lantikan.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, para pemimpin DAP Sabah akan terus berkhidmat secara aktif kepada rakyat Sabah dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat.

Terdahulu, katanya, DAP telah mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) malam tadi bagi membincangkan keputusan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah.

“Kami telah menerima isyarat yang jelas dan tidak meragukan daripada para pengundi. Tidak dapat dinafikan bahawa pilihan raya kali ini mencerminkan krisis keyakinan yang serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan.

“Para pemimpin dan anggota yang terlibat dalam kempen amat peka bahawa terdapat ketidakpuasan yang meluas di kalangan rakyat sepanjang tempoh berkempen,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Anthony berkata, berikutan perbincangan dan penilaian dalaman, DAP akan mengumpulkan semua maklum balas yang diterima dan berusaha bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempercepatkan agenda reformasi dalam tempoh enam bulan yang akan datang.

Dalam PRN-17 Sabah pada Sabtu lalu, DAP tewas kesemua lapan kerusi yang ditandingi, iaitu prestasi terburuk parti itu yang menyaksikan buat pertama kali sejak 2004, tiada wakil parti tersebut dalam DUN Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast