JDT sedia dengan latihan bagi berdepan PKR Svay Rieng dalam ACC merebut Piala Shopee di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja esok.- Foto ihsan Johor Southern Tigers.

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu mengekalkan standard serta gaya permainan yang konsisten ketika berdepan PKR Svay Rieng dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja, esok.

Pengendali JDT, Xisco Muñoz mahu anak buahnya mengekalkan intensiti dan disiplin permainan kerana faktor tersebut penting dalam aksi penting menentang kelab Kemboja itu.

Munoz berkata, pihaknya telah mengkaji corak permainan lawan skuad The Blue Swords itu dan kini memberikan fokus bagi memastikan setiap pemain bersedia.

“Kami sudah mengkaji cara dan gaya permainan mereka. Salah satu perkara penting ialah kami perlu teruskan intensiti serta personaliti seperti 20 minit pertama perlawanan sebelum ini. Kami mahu pastikan gaya permainan kami kekal sama.

“Bagaimanapun, perancangan taktikal lebih terperinci akan diperincikan kepada pemain kerana cabaran utama kami ialah masa yang sangat terhad kerana terlalu banyak perlawanan.

“Tetapi, saya gembira kerana pemain memahami dengan baik apa yang diperlukan. Saya juga bangga dengan komitmen staf yang bekerja keras bagi memastikan semua persiapan berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar menjelang aksi perlawanan tersebut.

Pasa masa sama, Munoz yakin perancangan berasaskan analisis video baru-baru ini dapat memberi pemahaman pemain terhadap maklumat taktikal jauh dan lebih utama berbanding jumlah sesi latihan di padang.

Malah Munoz turut menegaskan bahawa komitmen ternyata membantu mengekalkan kestabilan prestasi JDT dalam kempen ACC.

“Selain itu katanya, disiplin tinggi pemain turut membantu mereka cepat menyesuaikan diri dengan perubahan taktikal yang diperlukan.

“Justeru, pertemuan dengan PKR Svay Rieng bukan sekadar aksi kumpulan, tetapi medan untuk JDT terus mengekalkan identiti permainan yang agresif dan konsisten, seperti yang menjadi teras falsafah pasukan sejak awal musim,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast