Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pencarian laut dalam bagi mengesan serpihan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang akan disambung semula pada 30 Disember 2025.

Kementerian Pengangkutan berkata, Ocean Infinity telah mengesahkan kepada Kerajaan Malaysia bahawa ia akan memulakan semula operasi pencarian dasar laut selama 55 hari, yang akan dijalankan secara berselang-seli.

Tambahnya, pencarian akan dilakukan di kawasan sasaran yang dinilai mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk menemukan pesawat tersebut, selaras dengan perjanjian perkhidmatan yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity pada 25 Mac 2025.

“Perkembangan terbaru ini menegaskan komitmen Kerajaan Malaysia dalam memberikan penutupan dan kelegaan kepada keluarga yang terjejas oleh tragedi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast