Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 03 DISEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Tiga dilantik semula sebagai Senator bagi penggal kedua selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi menyambung perkhidmatan mereka dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Mereka ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Upacara mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Pelantikan semula mereka berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Disember 2028.

Dalam ucapannya, Awang Bemee berkata, beliau berharap ketiga-tiga Senator itu dapat menjalankan tugas dengan berkaliber jika terus diberikan amanah dalam pentadbiran kerajaan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast